Sunday, 22 June 2014

Kenali Diri

Assalammualaikum,

Kali ni saya nak sambung sedikit lagi penerangan dalam Tenaga Dalam  yang lalu yang mana saya menceritakan tentang Kenali Diri kita sebenarnya 9 Awaluddin Makrifatullah). Sebenarnya ramai di antara kita ni yang masih tercari-cari penerangan tentang mengenal diri ni.. siapa diri kita? Ada yang sampai menganut 3, 4 agama sekali untuk megenal diri ni.. Siapa tuhan, Kenapa nasib hidup diri ku sebegini, ada yang di cabar orang agar kenali diri dulu sebelum bertarung dengan dia dan banyak lagi kes berkenaan kenali diri.. tapi saya tak cerita kenali potensi diri yea.. :-)

Berikut merupakan riwayat mengenal diri;
  1. Diri nan terperi = Jasad - Lembaga Adam
  2. Diri nan terdiri = Roh - Sifat Muhammad - Angota-angota tubuh
  3. Diri nan sebenar diri =  Zat Allah - Nurullah - Nyawa/roh
  4. Diri nan hakiki = Hu - pencipta yakni hakikatnya tuhan / DIA
Apabila lengkap 4 unsur tersebut barulah sempurnya kita yakni diri kita sekarang.. kita ada tubuh badan yang perlu kita jaga sebaiknya, Kita bernyawa yang membolehkan kita hidup dan kita bernafas yakni kita ada HUU / DIA

Jika tiada nafas samalah dengan keadaan bayi yang di dalam perut.. kerana itu apabila seorang bayi lahir dan sebelum dia mula boleh bernafas jika kita potong dan bakar dia ianya tidak meninggalkan apa-apa kesan melainkan tiada rohnya. Dan apabila sahaja dia bernafas lalu dia akan menangis. Kerana itu ada kes anak dalam perut masih boleh di selamatkan walaupun si ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan sebelum bayi sempat di keluarkan. di dalam perut ibu tu penuh dengan air ketumban yang sememangnya dia tidak boleh bernafas.

Seperti didalam penerangan yang yang lalu, Anda di minta cuba meniup.. ok mari tiup guna mulut.. keluar bunyi apa? huu kan? jika hembus guna hidung bunyi apa? HUU juga kan? Hidung merupakan angota tubuh kita yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup.. kerana aliran nafas tidak tidur, tidak makan dan sebagainya. Aliran nafas yang keluar masuk ke jantung merupakan titik hayat kita, di situ adanya hati yakni tempat ilmu.. kerana itu orang dahulu kala berkata, penuhilah ilmu di dada. dia orang tak kata penuhilah ilmu di kepala.. sebabnya orang dahulu yang belajar agama tahu di mana letaknya ilmu tersebut..

Di samping tu ada limpa tempatnya tauhid kita dan buah pinggang ialah tempat islam yakni selamat. Andai kata diri kita tiada HUU tiada Nyawa ertinya kita sudah mati.. ada bentuk Tubuh - lembaga adam. Ada Sifat Muhammad yakni tubuh badan, mata, telingga, mulut, hidung dan sebagainya tetapi tiada nyawa semua angota tu tidak berfungsi, ada mata tidak boleh melihat, ada telinga tak boleh mendengar dan sebagainya.

JAdi sempurnyanya kita ni perlu ada 4 unsur ni yang mana tiada pada makluk lain seperti jin syaitan, para malaikat dan selainnya seperti pokok, gunung dan lain-lain
.
JIka diri anda cuma di lengkapi oleh jasad sahaja, tiada sifat Muhammad = angota tubuh, tiada nyawa, dan tiada HUU bagaimana pula..? Hanya ada lembaga Adam? Macam mana pula tu? Ok  sekiranya anda nak tahu apa itu lembaga adam ia adalah satu pelan jasad anda.. Kita boleh tengok sebenarnya.. pada mulanya saya tak berani nak dedahkan ni, tetapi apabila saya tanya kenalan saya tentang hal ni dia kata boleh kot.. cuba la kalau dia orang boleh nampak.
.
Jadi malam ni sewaktu bulan di langit cerah, Anda berdiri dibawah sinaran cahaya bulan dengan membelakangi bulan agar bayang bayang kita betul-betul di depan kita selari, sebaris seperti kita berdiri atas sejadah lah senang nak kata. Ok lepas tu pandang unbun-unbun pada bayang-bayang diri kita tu lalu baca ni;
  1. Assalammualaikum ya syed Noh ( penjaga langit)
  2. Al fatihah 1 kali
  3. HUU Allah 11 kali
Setelah selesai sahaja zikir Huu Allah terus donggakkan kepala anda ke atas sehabis-habisnya dan lihat di langit maka anda akan terpandang lah lembaga Adam diri anda. biasanya cahaya nya putih kekuning-kungingan, tetapi mengikut jugalah pada pandangan masing-masing.

Setelah selesai melihat terus je beristifar dan sapu tangan ke muka.. Kini anda lihat dan buktikan sendiri akan kebesaran ALLAH subahaallah taala.Lepas ni yakinlah sepenuh hati Allah itu maha agong dan berhak melakukan apa sahaja atas kehendaknya.. jika selama ini kita hidup penuh dengan dosa maka cepatlah bertaubat dan lakukan apa yang DIA suruh dan tinggalkan apa yang di larang.. ( syariat jangan ditinggalkan) Allah HUU Akbar!



Sekian
Assalmmualikum

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 KESAKTIAN ILMU TENAGA BATIN TANPA UBAT KUAT & UBAT TAHAN LAMA