Awalluddin Makrifatullah (tasauf)
Assalamualikum,Kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu kebatinan, kerohanian yang mana ianya satu kewajiban juga dalam kehidupan kita tak kiralah samada kita berpoligami atau pun tidak. Namun ianya tidaklah sejelas yang boleh saya perkatakan disini kerana ilmu seperti ini sebaiknya kita berguru dan menimbanya perlu di ambil di hadapan guru.
Apa yang boleh saya sarankan sekiranya saudara berminat untuk memperlajari ilmu kebatinan ni saya amat menggalakkan agar saudara pelajari lah ilmu Tauhid dan Tasauf.. Untuk permulaan kita perlu belajar kenali diri kita, siapakah kita ni dan mendalamni ilmu Awaludin Makrifatullah. (seawal awal agama mengenal Allah)
Di sini saya cuma ingin sentuh sedikit mengenai ilmu mengenal diri.. Di dalam pengenallan diri kita ni ianya terbahagi kepada 4 bahagian kejadian kita.
- Diri terperi = Adam
- Diri terdiri = Muhammad
- Diri sebenar diri = Allah dan
- Diri hakiki = Huu/Dia
Diri terdiri pula merupakan proses kita di jadikan dari segumpal tanah dan di dalam tanah tu terdapatnya unsur Api, Air, Angin maka jasad di lengkapi dengan Api dijadikan darah, Air dijadikan cahaya dan Angin merupakan nafas kita. Maka terjadilah sifat tubuh kita yakni lahirlah muhammad. Namun ianya masih juga belum sempurna dimana ketika ini kita di ibarat orang yang telah mati. tiada nafas dan nyawa, bujur terkaku. Proses seterusnya pula..
Di sebenar diri ni ialah Allah yang mana di sempurnakan dengan Zat, Nyawa. yang mana sebelum ni kita sama dengan orang yang dah meninggal, kaku tidak bernyawa. Dalam keadaan ni kita dalam status baby yang dalam perut, boleh bergerak kerana cukup sifat muhammad dan Zat Allah. Jika sebelum ni kita hanya benih atau segumpal daging di dalam perut.. tidak punyai sifat dan tidak bergerak. lalu bila dah sempurna sifat ada kepala, tangan, kaki dan sebagainya maka di masukkan Nyawa tadi tu barulah kita boleh bergerak. TAPI TIDAK BERNAFAS!
Diri Hakiki ialah kalimah tauhid iaitu HUU atau nafas.. cuba saudara tiup.. dengar bunyi apa? huu kan? Huu ni siapa? Huu ni yang mencipta segalanya pelusuk alam semesta dan semua makhluk.. biasanya di dalam buku mereka menyebut sebagai kataganti 'DIA' atau ada yang panggil tuhan.. Apabila kita keluar sahaja dari perut barulah kita mula bernafas.. sedut HUU sampai di jantung kalimahnya Allah, begitulah diri kita yang sentiasa berzikir huu allah, huu allah selagi kita bernafas. DIA/Tuhan namanya ALLAH.. kerana itu bila orang kristian nak guna Nama Allah sebagai nama tuhan dia kita perlu dan wajib menghalangnya..
Cuba perhatikan bila kita sebut Allah Hu Akbar.. Allah Yang Maha Besar.. dan banyak lagi sebutan AllahHu.. dalam bacaan Al Quran. Hu ini DIA.. Cuma ilmu ini merupakan ilmu rahsia, Ilmu Lama yang tiada dalam buku harian di sekolah atau pun di universiti.
Dengan adanya ilmu tauhid di dada, anda akan di geruni oleh orang-orang kafir dan pengamal ilmu syaitan.. Apa yang anda inginkan anda pasti boleh lakukan, nak kebal, ghaib, di bakar tak lecur, di humban ke laut tak lemas, nak kemana-mana tak perlu tiket kapal terbang.. dan sebagainya. Cuma mampukan diri kita mengamalkannya ? tetapi tidak mustahil jika anda benar-benar ikhlas dan warak
( - di bahagian topik diri sebenar diri dan diri hakiki nilah ramai yang kata ilmu ni sesat dan tak betul. Sama kes Seikh Siti Jennar mengaku dia Allah tu yang menyebabkan dia terkeluar dari wali songo. Sebabnya Apabila kita kenal siapa kita tetapi kita tidak boleh mengaku diri kita tu DIA.. Ramai yang belajar ilmu tarikat dan ilmu tauhid ni mereka jadi tak betul dan ada yang tidak solat sebab dia mengaku dia tu tuhan.. dah tuhan buat apa nak solat katanya.. sebenarnya akal mereka tidak boleh menerima ilmu tersebut kerana ianya di luar jangkauan pemikiran)
TAHUKAH ANDA!
Seperti firman Allah di dalam hadis Qudsi,, Aku Suka Mengenal diri ku, Lalu aku jadikan makhluk ini dan aku di perkenalkan diriku kepada mereka, lalu mereka pula mengenal diri ku.
Maksud makhluk ini ialah Nur Muhammad, kerana seluruh alam ini di jadikan daripada Nur Muhammad. Apa yang berlaku ialah sebelum Allah menyerahkan Rahsia dirinya kepada manusia, Allah telah memperkenalkan diriNYA dengan menyerahkan rahsia diriNYA kepada langit, bumi, gunung ganang tetapi semuanya tidak sanggup menerimanya.
Tujuan empunya zat mentajalikan Nur Muhammad itu adalah untuk memperkenalkan dirinya sendiri dengan diri rahsianya sendiri maka diri rahsianya di tanggung dan diperakui amanahnya oleh sesuatu kejadian yang bernama insan yang bertubuhkan diri batin yang bernama Allah Dan diri yang bernama Allah itu lah diri batin kepada diri manusia ( rohani ).
Firman Allah di dalam hadis Qudsi.. Manusia itu adalah rahsia aku dan diri akulah yang menjadi rahsianya dalam menawarkan tugas amanah yang berat ini.
Firman Allah di dalam Quran, . Sesunguhnya pernahku tawarkan amanah rahsia diriku ini kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi semuanya mereka tidak mahu menerimanya kerana takut mengabaikan lalu yang sanggup menerimanya ialah manusia.
Maka terimalah manusia diri rahsia Allah itu dan ianya tetap menjadi tanggungjawab manusia menjaga amanah Allah itu dengan cara mengenal dirinya dan memuji dan memuja rahsia dirinya sejaka daripada ia di lahirkan sehinggalah ia kembali kepada Allah dan kerana itu juga manusia di amanahkan untuk menjadi pemerintah kepada alam semesta ini seperti firman Allah Ingatlah kamu apabila tuhan memberitahu malaikat untuk menjadikan manusia sebagai khalifah - Al Baqarah ayat 30.
Ringkasan,
Pertama menjaga mengenal memuji dan mengembalikan amanah rahsia itu kepada empunya rahsia yang di kandung oleh alam saghir iaitu batang tubuh manusia itu sendiri.
Kedua, menjaga amanah pemerintahan alam semesta, dengan kata lain tugas manusia ialah menjaga dan mengawal hubungannya dengan tuan empunya Diri Rahsia dan juga makhluk lain.
Sekian, secara amnya topik mengenal diri dan mengenal Allah.. Seawal agama itu adalah mengenal Allah, Kenal diri maka kenallah Allah.
Sekian,
Muhammad Fuaad
binimuda.com
0 comments:
Post a Comment