Wednesday, 18 June 2014

Tenaga Dalam Sukma 2

Assalammualaikum Saudaraku,

Alhamdulillah, seperti  yang di janjikan dalam post yang lalu, topik perkongsian saya kali ini ialah berkenaan  Tenaga Dalam yang berkaitan dengan kesaktian dan keimanan.

Di dalam menghadapi cabaran hidup di dunia, tak kiranya samada kita berpoligami atau pun tidak, kita tetap memerlukan kekebalan, kebal bukan bermaksud tak lut di tembak atau di tetak, tetapi tak lut dengan anasir-anasira jahat seperti sihir dan gangguan makhluk halus juga termasuk di dalam kategoti kebal.

Terdapat pelbagai doa dan cara untuk mengatasi sihir dan gangguan halus ni, tetapi apa yang ingin saya kongsikan ni agak berbeza sedikit dengan panduan yang boleh kita perlolehi dari buku-buku di pasaran.
Ilmu ni saya peroleh dari seorang sahabat saya, hidupnya agak susah dan sering dicemburui oleh kenalan dan segelintir orang kampung. Jadi dia ni sering di uji dengan sihir dan tuju-tuju untuk melihat dirinya telantar sakit. Beliau ni punyai 2 isteri sekarang ni, jika tak diceraikan isteri sebelum ni dia pasti ada 4 isteri. Orang nya biasa kulit itam sebab kerja di tapak bina, tetapi ramai perempuan yang gilakannya.. jadi siapa tak cemburu dan merasa pelik!

Jadi dalam berusaha berubat diri beliau, ada satu malam tu beliau bermimpi di datangi seorang lelaki yang beliau sendiri tak kenali memberikannya ilmu ni. Dan di pagi hari yang sama beliau berjumpa orang yang di mimpi malam tadi tu dan diberikan ilmu tersebut  kepadanya. Lalu di amalkannya dan alhamdulillah penyakit dan masalahnya sembuh dan amat luar biasa sekali.

Lalu ilmu tersebut di turunkan kepada saya, bila saya lihat, ilmu tu pernah saya ketahui tetapi lain kegunaannya dan ada perbezaannya sedikit. Saya ambil ilmu yang diberikan ni dan saya telah pun menggunakannya.  kesaktiannya memang dasyat! Jika saudara memerlukan untuk keselamatan diri dan keluarga saudara, boleh lah ambil ilmu ini dan amalkan.


Cuma di ingatkan, tauhid kita pada Allah, kita meminta padaNYA, yang memberi dan menyembuhkan tu hanyalah Allah semata-mata.. Kita manusia hanya berusaha tetapi Allah yang Berkuasa. BUKAN ILMU TU YANG MENYEMBUHKAN yea!

Caranya;
Bismillahhirahmannirrahim,
Baca Syahadah 3X ( mengucap 2 kalimah syahadah)
Baca Selawat Nabi 3X
Baca Allahuakbar 3X
Lalu baca doa, Ya Allah, Ya Muhammad, Aqrisni... ( niat/doa anda )
Selepas je baca doa tiupkan pada air untuk di minum atau di mandi.

PENERANGAN-  Aqisni tu bahasa arab, dalam bahasa melayu bermaklsud.. tolonglah aku.. Jadi doa dia kita minta pada Allah, dan Muhammad. Sama seperti kita minta tolong pada seseorang jika kita di timpa musibah, kita akan jerit ibu.. ayah..tolong aku ...!

Tetapi didalam hal ni kita tak perlulah menjerit, tetapi kesungguhan kita minta pertolongan dari Allah dan Nabi tu perlulah ikhlas betul-betul minta tolong. Jika diri kita dekat pada Allah, insyallah bila kita sebut dan panggil je namaNYA pasti bantuan segera datang. Kerana Allah itu maha mendengar dan melihat.

Sekian saja dari saya, insyallah jumpa lagi pada post seterusnya.. insyallah..
Wasalam

Muhammad Fuaad
BiniMuda.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 KESAKTIAN ILMU TENAGA BATIN TANPA UBAT KUAT & UBAT TAHAN LAMA