Wednesday, 18 June 2014

Tenaga Dalam Sukma

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari ini kita dapat bersua kembali setelah sekian lama saya menyepi, walaupun perhubungan kita hanya melalui internet, namun saya sentiasa dapat maklumbalas yang hebat setiap hari dari subscriber binimuda.com tentang isu yang saya ketengahkan..  Ribuan terima kasih atas kesetiaan anda membaca infomasi dari saya.

Ok, kali ni saya post segala infomasi yang berkaitan Tenaga Dalam, Ilmuan Kesaktian, dan juga soal ilmu-ilmu yang manfaat yang boleh saya kongsikan melalui blog ini..

Di hari yang indah dan baik ni, dikesempatan ini saya nak juga kongsikan sesuatu yang menarik juga untuk dikongsikan bersama iaitu “TENAGA DALAM”.



Allah subhana wataala mengurniakan kepada umat manusia suatu nikmat yang paling besar yang tidak ada bandingnya dengan isi dunia dari segala kesenangannya adalah nikmat, iman dan ni’mat islam.

Sebab, dengan lantaran dua jenis nikmat itu, Allah menjadikan wasilah bagi manusia boleh mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan dengan sebab iman itulah pula hati manusia akan menjadi aman sentosa. Oleh kerana itulah Allah ciptakan makhluk manusia tu supaya mengenal kepada yang menciptanya. Maka Allah menurunkan Al-Quran dan isi Al-Quran itulah sebagian menjadi petunjuk, sebagian menjadi rohmat dan sebagian menjadi ‘syifa’ atau penyembuh buat manusia zahir dan batin.

Allah juga telah menerangkan secara jelas di dalam surah Al-Ikhlas dari ayat pertama hingga ayat yang terakhir, ianya singkat, padat dan berisi. Mari lihat terjemahannya;

Ayat  1. KATAKAN, MUHAMMAD, ALLAH ITU SATU/TUNGGAL.
                2.ALLAH ITU TEMPAT MEMINTA
                3.ALLAH TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN
                4.DAN ALLAH TIDAK DAPAT DIBANDINGKAN DENGAN SESUATU

Maka jelaslah bagi kita bahawa Allah memberitahu kepada kita sekalian bahawa “DIA” itu tempat kita memohon. Allah juga tempat kita mengadu, Cuma sayang kita sebagai makluk ciptaanNYA tidak sudi mengenal kepada yang menciptanya. Oleh kerana itu Allah menyeru agar makhluknya berkenallan dengan penciptanya, kenal akan sifat-sifatnya (sifat 20) dan kenal pula akan nama-namanya (99 nama-nama Allah yang termasyur ).

Dan di setiap sifatnya terdapat beribu nikmat, begitu juga di setiap namaNYA tersirat beribu nikmat. Ada segelintir  pedagang atau peniaga gemar ke tempat-tempat yang di katakan punyai “TUAH” atau “KERAMAT” untuk meminta bantuan agar usahanya/perniagaannya mendatangkan hasil seperti yang di harap-harapkan. Tetapi jika mereka ni tergolong dari kalangan golongan orang-orang yang beriman serta berilmu, mereka tak perlu bersusah payah melakukan kerja kurafat tersebut.  Modalnya juga tak besar, hanya  iman dan taqwa kepada Allah.  Anda tidak perlu ada rasa takut atau khuatir.

Mari lihat firman di dalam surah Al-Imron ayat 120;
“Jika kamu tahan uji dan sabar serta bertaqwa, tidak satupun daripada usaha, tipu daya mereka itu yang akan dapat mencelakakan kamu”

Demikianlah jaminan Allah kepada kita, Segala usaha mereka yang jahat, baik secara kasar ataupun halus terhadap diri anda akan gagal semuanya kerana ketabahan anda serta taqwa anda kepada Allah. Oleh kerana itu, perlengkapkanlah diri anda dengan TENAGA DALAM. Iaitu selalu mendekatkan diri anda kepada ALLAH, Jadikan Allah seperti sahabat yang anda cintai, nescaya anda akan sentiasa dilingdungi dan selamat.

Perhatikan firman ni: “Qul inkuntum tuhibbuunallaha, fat tabi’uuni yuhbibku mullah”.
Maksudnya: Katakanlah ya Muhammad, Jika kamu ingin dicintai Allah, maka dari itu turutilah aku, niscaya kamu dicintai Allah”.

Ayat firman di atas ni ada yang di  ubah suai sedikit yang menyebabkan ianya jadi ilmu pengasih! Tetapi apa yang ingin dijelaskan dari firman tersebut telah pun di nyatakan secara terang-terangan.Oklah saudara,  dah agak terlalu panjang penulisan saya kali ini. Insyallah kita jumpa lagi dalam infomasi seterusnya dalam topik yang sama iaitu TENAGA DALAM. Insyallah

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 KESAKTIAN ILMU TENAGA BATIN TANPA UBAT KUAT & UBAT TAHAN LAMA